Wednesday 28 March 2012

Assalamualaikum w.b.t...

   Apa khabar semua, di harap semua dalam keadaan sihat. Diam tak diam masa yang dinanti-nantikan sudah hampir tiba, hari yang bersejarah iaitu khatam bersurat dan beristiadat. Diharap semua pelatih yang terlibat sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi hari tersebut. Tetapi sebelum itu ada beberapa orang lagi pelatih yang bakal menghadapi grading terakhir secara tertutup pada 7 april nanti di air terjun kota tinggi sempena mandi penimbul trip ke 2, diharap semua berjalan dengan lancar sehinggalah hari khatam itu nanti. Apabila kita dipilih untuk khatam bermakna kita terlebih dahulu sudah dinilai oleh ayahanda dan jurulatih-jurulatih yang sangat arif tentang kemampuan kita, jadi kita hanya perlukan keyakinan dan latihan yang berterusan sahaja untuk melengkapkan kemampuan kita itu. Saya harap semua pelatih termasuklah saya mempunyai keyakinan yang tinggi, rajin dan tidak mudah putus asa serta jangan lupa berdoa semoga kita khatam dalam keadaan faham kerana bila kita faham itulah yang sebenar-benarnya khatam. Ingat jika kita was-was kita akan tewas. Akhir sekali jangan lupa mengafal surah Al-Fath ayat 10, surah An-Nisa ayat 59 dan surah Al-Imran ayat 103 ye kawan-kawan. Sekian wasalam.

Tuesday 28 February 2012

Assalamualaikum w.b.t...

   Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya dapat terus menulis dan berkongsi cerita di dalam blog ini. Di harap pembaca semua di dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang. Saya diberitahu oleh ayahanda Hj Hasyim dimana mandi penimbul yang dirancang oleh cikgu Azhar dan pelatih-pelatih beliau akan ditukar tarikhnya pada 7&8 april, ini kerana keadaan di tempat acara itu telahpun penuh di tempah oleh pelancong singapura pada tarikh 10&11 mac yang dirancang sebelum ini, jadi masih banyak masa untuk pelatih membuat persediaan, mandi penimbul kali ini juga terbuka kepada semua tidak kira yang tua atau yang muda, yang lama atau yang baru, perempuan atau lelaki, hitam atau putih, handal atau tidak dan di manapun anda berada asalkan anda keluarga LP semuanya boleh turut serta. Ayahanda juga memberitahu tarikh khatam ditukar daripada 12 mei kepada 5 mei, tarikh itu diawalkan atas sebab-sebab tertentu.

   Baiklah, sudah selesai beri info penting saya beralih pula pada cerita sebenar yang saya nak sampaikan. Sebenarnya saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang sesuatu yang agak kelakar di mana saya terdengar ada beberapa individu yang mempertikaikan kenapa ahli LP mesti sebut 'BERDIRI' ketika diuji, dan mereka juga bertanya adakah ahli LP tidak mampu berlawan dalam keadaan duduk atau baring. Nak menitis air mata saya bila memikirkan ada juga orang yang akalnya sangat pendek pada zaman serba canggih ini huhuhu.

   Di sini saya hanya hendak menjelaskan pada mereka yang kurang panjang akalnya, di dalam dunia ini hampir semua seni beladiri menggunakan asas latihan dengan konsep berdiri, walaupun dia ada latihan duduk, baring, berguling, melenting atau berenang sekalipun tetapi asas yang utama mesti dalam keadaan berdiri, anda fikirlah sendiri mengapa? Di dalam LP 'BERDIRI' itu salah satu syarat atau adat bertarung, dan seni beladiri lain kebanyakannya pun sama, buktinya sumo pun bertarung dalam keadaan berdiri, jadi bukan tidak boleh bertarung dalam keadaan duduk atau baring tetapi bila diberi pilihan adakah anda pilih duduk atau baring ketika bertemu musuh? Sungguh handal dan riak lah orang spesis ini. Bila anda sedang tidur kemudian rumah anda dimasuki perompak dan anda terjaga, adakah anda akan terus berbaring dan melawan musuh sambil berbaring? Ketika anda sedang duduk minum di warung kemudian musuh datang menyerang anda, adakah anda tetap ingin duduk? adakah anda ingin mengajak musuh anda main catur atau dam haji di warung itu? Itulah adat atau syarat bila bertarung, mesti BERDIRI, dan apabila jatuh kita akan tetap cuba berdiri kembali kerana ia lebih menjamin, barulah anda boleh membuka langkah atau gunakan apa-apa teknik untuk menyerang kembali atau sekurang-kurangnya jika anda tidak mampu melawan musuh itu anda bolehlah lari, kalau dalam keadaan duduk atau berbaring apa anda boleh buat? berlari itik? hehehe. Lagipun adakah anda tergamak bertarung dengan orang yang tidak mampu berdiri seperti orang tua yang uzur, kanak-kanak atau OKU. Jadi maksud berdiri itu paham-pahamlah sendiri, janganlah fikir mengunakan lutut.

   Kesimpulannya bila ada yang tanya saya adakah saya tidak mampu bertarung dalam keadaan duduk atau berbaring, saya akan tanya beliau kembali :

1. adakah anda tidak mampu makan dalam keadaan baring atau berdiri? kenapa anda duduk semasa makan sedangkan anda boleh makan sambil berdiri atau baring betul tak?

2. adakah anda tidak mampu tidur dalam keadaan duduk atau berdiri? kenapa anda baring ketika tidur? sedangkan duduk dan berdiri pun anda masih boleh tidur betul tak?

3. dan kemudian adakah anda mahu baring atau duduk ketika berdepan musuh? kalau dalam keadaan terdesak memang perlu tetapi kita akan tetap cuba berdiri, jika anda hanya suka-suka duduk atau baring bila berdepan musuh tu maknanya ada wayer tanggal dalam kepala anda.

   Jadi anda memang tidak akan dengar keluarga LP menyebut 'DUDUK' atau 'BARING' apabila berdepan musuh. DUDUK bila berdepan tetamu, BARING bila bersama keluarga dan BERDIRI bila berdepan musuh. Anda kenalah sesuaikan mengikut logik akal yang waras, kalau tidak waras tidak usahlah mempersoalkan, dan janganlah memalukan diri sendiri dengan kenyataan yang KELAKAR YA' AMAT. Sampai di sini dahululah, akan datang kita sambung cerita..wasalam.

Thursday 16 February 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat sejahtera semua, saya baru dapat berita daripada ayahanda Hj Hasyim pada kira-kira jam 11 malam tadi memberitahu bahawa trip kedua mandi penimbul akan diadakan pada 3&4 mac nanti. Pada sesiapa pelatih yang tidak dapat menyertai trip yang lepas maka jangan lepaskan peluang ini, saya diberitahu bahawa acara ini tidak hanya untuk pelatih yang bakal khatam tetapi terbuka kepada semua. Jadi jangan lepaskan peluang yang memberi kita ilmu, pengalaman dan keseronokkan ini.

Monday 13 February 2012

Assalamualaikum w.b.t...

   Tahniah kepada semua warga LP yang menyertai mandi penimbul pada 4&5 feb lepas termasuk saya dan isteri. Terima kasih juga kepada ayahanda Hj Hasyim serta keluarga kerana meluangkan masa untuk aktiviti ini dan juga memberi peluang kepada kami.

   Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu khatam yang sama-sama menyertai program ini dan bertungkus lumus menguruskan segala aturcara yang telah dirangcangkan untuk kami.


   Peluang ini adalah satu bonus untuk saya dan pelatih-pelatih lain yang bakal khatam pada bulan mei nanti. Di anggarkan lebih 30 orang pelatih yang bakal khatam pada tahun ini, ia satu perkembangan yang baik dan membanggakan.

   Peluang ini juga memberi kami pengalaman yang sangat berharga, saya dan isteri yang sampai di sana pada pukul 6 petang terus memulakan aktiviti dengan memasang khemah, selesai memasang khemah dan mengemas barang-barang, saya terus menukar pakaian untuk masuk ke dalam air mencari batu. Pelatih-pelatih yang tiba pada waktu lewat malam terpaksa mencari batu dalam keadaan gelap, ini satu pengalaman yang menyeronokkan apabila mereka dikehendaki masuk ke dalam air yang turun dari gunung pada pukul 1 pagi untuk mencari batu.
   
         
   Akhir sekali saya sangat seronok dan puas dengan program ini dan berharap supaya diteruskan pada masa akan datang. Wasalam   

Sunday 29 January 2012

Assalamualaikum w.b.t...

   Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi membaca terutama sekali ahli-ahli lian padukan dan juga pengamal-pengamal buah pukul yang sealiran dengannya, semoga kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat mental dan fizikal. Pada kali ini teringin rasanya saya hendak berbincang tentang sesuatu yang dikatakan ASLI atau TIRUAN, yang bagaimanakah dikatakan ASLI dan yang bagaimanakah dikatakan TIRUAN supaya kita tidak terkeliru dengan perkataan-perkataan ini. Mari kita sama-sama memikirkan hal ini, jangan biarkan hidup kita di selubungi misteri.hehehe. Kita mestilah menyesuaikan perkataan ASLI dan TIRUAN ini pada tempat yang tepat supaya ia dapat memberi gambaran yang sewajarnya.

   Pada pendapat saya sesuatu yang dikatakan TIRUAN itu bila ia menggunakan jenama 'A' tetapi tidak diperbuat daripada 'A' atau wakil yang diiktiraf oleh 'A', itulah yang dikatakan TIRUAN atau TIDAK ASLI, kerana ia menggunakan jenama 'A' tetapi tidak diperbuat daripada 'A'. Adakah anda faham? Lebih jelas saya bagi contoh yang paling senang difahami, seluar yang anda pakai menggunakan jenama levi's, tetapi bukan diperbuat daripada levi's atau wakil yang diiktiraf, itulah yang dinamakan TIRUAN, sama juga seperti barangan lain. Maka keluarlah iklan yang menyeru kita membeli barangan ASLI.

   Berbeza pula dengan sesuatu yang menggunakan jenama sendiri tetapi meniru reka bentuk jenama lain, ia tetap ASLI. Contoh paling mudah, seluar yang anda beli berjenama edwin tetapi reka bentuknya menyerupai keluaran jenama levi's, adakah seluar edwin anda itu TIRUAN ataupun TIDAK ASLI? Tentulah tidak kan? Seperti juga telefon bimbit, adakah telefon bimbit samsung, nokia dan sebagainya itu TIRUAN kerana meniru reka bentuk i-phon atau blackberry? Tentulah tidak, kerana ia hanya satu strategi untuk bersaing dengan jenama-jenama lain ataupun mungkin  hanya kebetulan sama. Jadi ia tetap ASLI bukannya TIRUAN.

   Dan yang akhir, sesuatu yang menggunakan jenama sendiri dan juga reka bentuk sendiri tetapi reka bentuknya diubah mengikut keperluan dan peredaran zaman, itu juga tetap ASLI, cuma DINAIKTARAF. Contoh yang sama, adakah seluar levi's yang anda pakai itu dari dulu sampai sekarang mempunyai reka bentuk yang sama? Kalau tidak adakah keluaran sekarang ini TIRUAN? Jika ia ASLI kenapa diubah reka bentuknya? Adakah telefon bimbit yang diperbuat oleh nokia, samsung dan jenama-jenama lain itu sama reka bentuk dan aplikasinya dari dulu sampai sekarang? Jika tidak adakah yang sekarang ini bukan ASLI? Kalau ASLI kenapa diubah reka bentuk dan aplikasinya? Kenapa tidak dikekalkan seperti keluaran pertama dahulu? Pada suatu masa dahulu jalan yang menghubungkan suatu tempat ke tempat yang lain adalah jalan tanah merah/kebun, kemudian dinaiktaraf menjadi jalan raya dan seterusnya lebuh raya, jadi adakah lebuh raya itu tidak ASLI? Adakah jalan yang ASLI itu ialah jalan tanah merah/kebun? Jika diberi pilihan, masih adakah orang yang ingin melalui jalan tanah merah/kebun lagi ketika ini? Memang pada zaman dahulu jalan tanah merah/kebun adalah jalan yang terbaik jika dibandingkan dengan laluan belukar, tetapi sekarang tidak lagi kerana dunia sudah membangun, kerajaan menaiktaraf jalan itu mengikut keperluan dan peredaran zaman sebagai objektif untuk mewujudkan satu sistem jalan antara suatu tempat ke suatu tempat lain yang lengkap dan berkesan bagi menampung kenderaan-kenderaan yang semakin bertambah, selain itu juga kerajaan mahu terus berdaya saing untuk mencapai taraf negara maju, dan ini juga usaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang juga pengguna jalan raya, maka dengan kemudahan itu kita akan lebih PANTAS sampai ke destinasi yang dituju, jalannya lebih KERAS berbanding jalan tanah merah/kebun, serta jalan yang kemas, rata dan tersusun itu membolehkan kita memandu dengan lebih GANAS tanpa WAS-WAS, dan kita akan PUAS. Jikalau anda memandu dengan ganas di jalan tanah merah/kebun tentulah habis tertanggal semua eksesori kenderaan anda, itu akan menjadikan anda WAS-WAS dan akhirnya TEWAS kerana kenderaan anda habis rosak semuanya hehehe. Contoh lain, kereta proton keluaran pertama adalah Saga dan yang terkini adalah Inspira, jadi adakah Inspira itu tidak ASLI? Ataupun kita ambil contoh proton Saga tahun 80an dan proton Saga baru sekarang ini, adakah Saga yang ada sekarang ini tidak ASLI? Kenapa tidak sama sedangkan kedua-duanya adalah proton Saga? Untuk apa diubah? Kenapa tidak kekalkan ciri-ciri keASLIannya yang asal dahulu? Jawapannya mudah, kita menaiktaraf mengikut keperluan dan peredaran zaman untuk bersaing di dunia yang serba baru dan moden ini, tidak perlu dipertikaikan kerana ia tetap ASLI keluaran proton. Jadi siapa mahu guna silakan, siapa tidak mahu terpulanglah, itu hak anda.
  
   Jadi semua di atas ini adalah rumusan dan contoh yang ingin saya bawa ke dalam kisah buah pukul. Pada pendapat saya dalam buah pukul tiada istilah ASLI atau TIDAK, yang ada ialah MODEL LAMA dan MODEL BARU, jadi anda tidak perlu memeningkan kepala untuk membeza-bezakan dan mencari buah pukul yang manakah ASLI kerana dari dahulu lagi permainannya sudah berbeza mengikut tempat dan guru, tetapi semuanya adalah sama, cuma lain padang lain belalang sahaja. Jika makna ASLI mengikut kefahaman anda adalah sesuatu yang asal dan tidak pernah diubah, ditambah atau dicampur adukkan bermakna permainan kita semua adalah tidak ASLI, kerana dari awal lagi permainan ini telah diolah dan digabungkan, buktinya buah pukul lama itu sendiri adalah permainan yang telah digabungkan dengan permainan sunting oleh Awang Daik dan sendeng oleh Pak Long Mohammad Yasin. Setiap orang mempunyai hak untuk menggayakan sesuatu yang dimiliki mengikut kehendak dirinya, anda tidak boleh menghalang selagi ia tidak menyalahi agama kita dan tidak mendatangkan keburukkan pada kita, malah kita perlu menyokong antara satu sama lain jika ia mendatangkan kebaikkan, jadi walau diolah bagaimanapun permainan ini, hakikatnya kita tetap berasal daripada permainan asas yang dibawa oleh Syed Abdul Rahman Yunani, jadi semuanya adalah ASLI, jika tidak bermakna semuanya TIDAK ASLI, terpulang pada anda yang menentukan, kerana manusia yang menciptanya dan manusia juga boleh mengubahnya, tepuk dada tanyalah selera. Cuba anda fikir jika kita semua mempunyai kereta proton yang sama, adakah saya mempunyai hak untuk menghalang anda mengubahsuai kereta anda? Anda ingin mengubahsuai kereta anda menjadi lebih cantik, kemas, laju dan selamat mengikut selera anda itu adalah hak anda, tetapi hakikatnya kereta anda tetap proton yang sama. Begitu juga Lian Padukan, pengasas LP mengubahsuai permainannya mengikut keperluan untuk menjadikan ia lebih mantap dan lebih bersaing pada zaman ini, itu adalah haknya, tetapi hakikatnya beliau tetap dari aliran buah pukul yang asal dan beliau tidak pernah mengubah akidah atau ideologi buah pukul itu sendiri iaitu "nak mengena taknak kena". Kalaulah dahulu emas dijual tanpa dipadukan tetapi sekarang kita dapat lihat emas pun telah dipadukan dengan berlian, permata dan sebagainya bagi saling melengkapi untuk menambah kecantikkan, kualiti dan nilai emas itu sendiri. Manusia tidak akan berhenti daripada terus mengkaji dan mengupas segala sesuatu itu untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada, jika dari sudut lain anda boleh dan mahu menerima perubahan, contohnya perubahan dalam pentakbiran negara, perubahan dalam ekonomi keluarga dan anda mahukan perubahan dalam setiap aspek pada diri dan sekeliling anda, jadi kenapa tidak berlapang dada menerima perubahan di dalam buah pukul? Ini adalah pendapat saya, maaf jikalau ada hati yang tersinggung. Berpegang teguhlah kita pada tali Allah dan janganlah kita berpecah belah. Jadi sampai di sini dahulu mampu saya karang, lain kali kita sambung. Akhir kata dari saya 'TIADA YANG KEKAL DI DUNIA INI MELAINKAN ALLAH'. Jadi usahlah mengharapkan sesuatu yang kekal.  wasalam...

Wednesday 11 January 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Pada hari selasa lepas saya dan pelatih-pelatih yang lain di gelanggang ulu tiram yg dikendalikan oleh cikgu ipman telah berlatih dalam keadaan hujan renyai, nampaknya dengan semangat serta keinginan yang tinggi untuk berlatih maka kami teruskan juga termasuklah cikgu ipman, sememangnya cuaca di sini sekarang memang tidak menentu, jadi susah juga hendak mengagak, tetapi cikgu sempat berpesan balik rumah terus mandi, esok kerja jangan MC..hehe..dah macam pantun pulak. Pada petang hari itu saya memang sudah mendapat sms daripada cikgu yang mengatakan jika hujan tidak berhenti kita terpaksa batalkan latihan malam itu, tetapi hujan telah berhenti selepas magrib, maka saya, isteri dan pelatih-pelatih lain pun mula bersedia mental dan fizikal sementara menunggu masa untuk ke gelanggang selepas isyak, dalam hati bekata harap-harap hujan tidak turun sepanjang latihan kerana gelanggang kami di tempat terbuka. Selepas isyak kami pun bersiap untuk ke gelanggang, nampaknya cuaca masih baik jadi tiada masalah untuk latihan. Selepas kami mulakan latihan jurus tiada apa-apa masalah, selesai latihan jurus masuk pula ke latihan lian, selepas beberapa minit titisan-titisan air mula hinggap di muka kami..ALAMAK! macam mana ni, makin lama makin laju titisan air itu turun, maka itulah dinamakan HUJAN RENYAI, tidak dapat dielakkan lagi, maka kami teruskan juga kerana tidak berbaloi kalau latihan diberhentikan sebab sudah hampir separuh jalan dan masing-masing tengah bersemangat untuk berlatih, jadi kami pun berlatih dalam keadaan hujan yang membawa rahmat, kalau mandi limau bagus ketika hujan mungkin latihan lian pun ada bagusnya juga, nanti nak kena tanya ayah ni..hehehe.. Disebabkan hujan tidak lebat jadi tidak mendatangkan kesan yang besar kepada kami, cuma basah sedikit itu biasalah. Apa yang saya nampak ketika itu semua pelatih ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku termasuklah cikgu ipman walaupun rambut,muka,baju,seluar,stokin dan kasut sudah basah, cayalah! Harap diteruskan semangat tu. Sekian wasalam

Tuesday 3 January 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Test power 1 2 3..test test... Salam sejahtera kpd semua warga lian padukan tak kira di mane juga anda berada. Dengan izin ayahanda yg Di Pertua Tuan Guru Dr Hj Hasyim bin Hj Salleh maka terciptalah blog saya ni (baru nak berjinak-jinak) hehehehe, terima kasih ayah. Jadi saya mohon daripada semua senior2 untuk tunjuk ajar mane yg patut terutama cikgu ayeen iaitu jurulatih saya sendiri (tunjuk ajarlah anak muridmu yg budiman ni ye cikgu) hehehe... Sebenarnya saya belum ade ape2 lg yg nak diceritakan di sini, saya cuma nak test power je, blog pon belum ade ape2 lg tp insyaAllah dengan bantuan isteri tersayang coming soon saya akan kemaskini ape yg patut. Ape yg penting adalah kalau betul jadi bulan 3 nanti saya nak buat sebaik mungkin, tu saje..sekian terima kasih.